Jom Kongsi Rezeki tanda syukur kita dengan berQurban!

“Kenapa Allah wujudkan syariat Korban ni?"

"Apa yang bezanya bila sembelih haiwan pada hari raya Aidil Adha dengan sembelih hari-hari biasa?” bisik Yani dalam hati.




Anda mula nampak iklan korban dan pernah tertanya soalan ini?

Nampak cliche tapi anda teringin nak tahu apa kepentingan syariat Korban bukan? 

 

Seperti jualan bonanza dalam tempoh yang sangat terhad, begitu jugalah istimewanya ibadah Korban.

Ganjaran bonanza yang dikurniakan hanya untuk sesiapa yang membuat ibadah Qurban dalam tempoh 4 hari (10 - 13 Zulhijjah) dari 365 hari. Sebabnya apa? 


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]



Percayalah bahawa penyembelihan haiwan Qurbanlah perbelanjaan yang paling menguntungkan dalam menyambut hari raya Aidil Adha setiap tahun berbanding hidangan raya, baju raya dan segala perbelanjaan raya yang lain. 


Anda cuba bayangkan

betapa gembiranya apabila setiap kali menyambut raya Aidil Adha diiringi dengan dikurniakan segala macam kebaikan yang Allah berikan kepada anda, atas kerana melaksanakan ibadah Korban ini;


“Daging daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah Al-Hajj:37)


  1. Allah mengampunkan dosa-dosa anda yang lalu

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” [Hadis riwayat al-Hakim]


Tuhfah al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (5/61): Setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat.


Para sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya:  “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada Qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim”


Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?"


Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” 


Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?”


Rasulullah menjawab:  “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”


(Hadis riwayat Ibnu Majah)





Allahuakbar sungguh BESARNYA nilai Qurban di sisi Allah. 

RUGINYA jika ada hambaNya yang tidak mahu ketika dia mampu. Apatah lagi apabila daging itu sampai ke tangan asnaf fakir dan miskin, pelarian akibat ditindas dan mangsa krisis kebuluran di lebih 10 buah negara!


Mahukah anda? Ayuh besarkan jiwa, jangan disimpan niat yang terlintas itu, bertindaklah sekarang!


Hanya dengan nilai bayaran dari serendah RM400,

dalam masa 3 minit anda mampu memastikan niat anda untuk beribadah Qurban sebelum ini bukan lagi angan-angan dengan menyertai Ibadah Qurban bersama MAPIM Malaysia!





7 Sebab Kenapa Ramai Pilih Laksana Qurban Bersama MAPIM Malaysia


1

Keutamaan Qurban untuk Asnaf dalam Malaysia

MAPIM Malaysia sentiasa mengutamakan santuni masyarakat dalam negara menerusi ibadah Qurban & pengagihan sistematik untuk golongan Asnaf di dalam Malaysia.


2

Plaque Ditulis Nama sebagai cenderahati

Plaque ukiran kayu eksklusif bertulis nama peserta korban bersama MAPIM sebagai cenderahati. Ukiran kayu ini boleh diletakkan diaatas meja atau di gantung pada dinding.


3

Sijil Penyertaan Qurban dipos kepada peserta

Selain plaque kayu, sijil penyertaan juga akan dipos terus ke alamat yang diberikan semasa pendaftaran peserta.


4

Pengalaman Qurban 10 tahun di 40 negara

MAPIM mempunyai pengalaman misi kemanusiaan dan menjalankan ibadah korban dengan rakan kongsi di 40 buah negara sepanjang penubuhan.


5

Rakan Kerjasama Agensi Wakaf Kerajaan Turki untuk Tahun Ke-10

Agensi wakaf Turki mempercayai dengan prestasi MAPIM membantu ummah di Syria dan telah menjalinkan kerjasama rapat kini tahun yang ke-9 untuk ibadah Qurban dalam negara.


6

Video Ibadah Qurban Eksklusif

Setiap peserta akan menerima video perlaksanaan ibadah Qurban secara eksklusif menerusi email (petugas MAPIM lapangan membaca nama peserta & sembelihan Qurban dilakukan). Ya! bukan secara umum tapi kesemua peserta akan menerima video satu-persatu sembelihan mengikut nama.


7

Diiktiraf Kerajaan Malaysia dalam aktiviti kemanusiaan dalam & luar negara

MAPIM mendapat pengiktirafan dan kerjasama baik daripada pelbagai Agensi, Kerajaan dan pihak Swasta serta pertubuhan dalam Malaysia dalam melakukan aktiviti kemanusiaan dalam & luar negara.






MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
(MAPIM MALAYSIA)

Wisma MAPIM Malaysia (Ibu Pejabat)
No 25 (2nd Floor) Wisma MAPIM Malaysia,
Jalan Puteri 3/2A, 43000 Kajang.
Selangor

Talian Hotline : 1300-888-038
Whatapps  : 012-800-2016

   Email  : admin@mapim.org
Web utama : www.mapim.org
Web ibadah Qurban : www.ibadahqurban.com


Anugerah & Pengiktirafan


Kerjasama Strategik



Agensi Di Bawah MAPIM Malaysia







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM850 per/bahagian - Qurban Lembu Asnaf/Fakir dalam Malaysia
HABIS STOK
RM5950 Qurban - Seekor Lembu di Malaysia
HABIS STOK
RM550 Qurban - Seekor Kambing di Afrika
HABIS STOK
RM400 per/bahagian. - Qurban Lembu di Afrika
HABIS STOK
RM2800 Qurban Seekor Lembu di Afrika
HABIS STOK
RM550 seekor - Qurban Kambing di Bangladesh
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Nama akan dicetak di sijil serta poster/banner semasa ibadah Qurban dilaksanakan

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
admin@mapim.org
+1300888038